suria

Gol Penalti Minit Akhir Baines Sekat Kemenangan Man United

Leighton Baines (tengah) menjaringkan gol penalti pada perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Everton dan Manchester United di Goodison Park, Liverpool. Foto AP

GOL penalti minit akhir pemain Everton, Leighton Baines menjadi penyelamat daripada ditewaskan Manchester United di gelanggang sendiri.

Baines meraih jaringan pada minit ke-89, mengikat seri dengan Manchester United dengan 1-1.

Manchester United bagaimanapun lebih dahulu mengungguli permainan di Goodison Park, Liverpool dengan gol pada minit ke-42.

Go Zlatan Ibrahimovic itu hasil umpan daripada rakan sepasukan, Anthony Martial lantas berjaya membolosi gawang yang disia-siakan penjaga gol Maarten Stekelenburg.

Manchester United kini di tangga keenam kedudukan Liga Perdana Inggeris dengan 21 mata.

Everton pula berada pada kedudukan kelapan liga dengan 20 mata.




Artikel Sebelum

Keputusan Bundesliga Jerman

Artikel Berikut

Keputusan La Liga Sepanyol

Artikel Lain