suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Teknologi Garisan Gol Nafi Kemenangan Liverpool

PEMAIN Liverpool kecewa ekoran kekalahan di tangan Bournemmouth pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Vitality, 4 Disember 2016. - AFP

HANYA beberapa milimeter sahaja yang boleh mengubah keputusan perlawanan Liverpool dan Bournemouth dalam aksi Liga Perdana Inggeris pada Ahad yang menyaksikan anak buah Jurgen Klopp tewas mengejut 3-4 kepada lawannya yang berstatus kelab kerdil.

Dalam perlawanan tersebut, Liverpool selesa mendahului 2-0 pada babak pertama sebelum tuan rumah merapatkan jurang menjadi 2-1 hasil sepakan penalti Wilson.

Namun skuad The Reds sekali lagi melebarkan jurang dua gol menerusi jaringan Emre Can menjadikan kedudukan 3-1 ketika perlawanan berbaki kurang 30 minit lagi.

Malah jika diikutkan, Liverpool sudah mendahului 4-1 menerusi sepakan penjuru James Milner walaupun bole ditangkap kemas oleh penjaga gol lawan, Artur Boruc.

Teknologi garisan gol menunjukkan bola hasil percubaan James Milner tidak melepasi garisan sepenuhnya.

Bola kelihatan sudah melepasi garisan gol ketika Boruc menangkapnya di dalam gol dan pemain Liverpool meminta pengadil untuk mengesahkan jaringan itu.

Bagaimanapun teknologi garisan gol menunjukkan bola tidak melepasi garisan sepenuhnya walaupun hanya dipisahkan dengan jarak beberapa milimeter sahaja.

Sekiranya gol itu disahkan, Liverpool mungkin menamatkan perlawanana dengan kemenangan tetapi terpaksa akur dengan semangat pasukan Bournemouth yang bangkit untuk mencipta kejutan.

Liverpool, Bournemouth

Artikel Berikut

Bukan Salah Penjaga Gol - Klopp

Artikel Lain