KFA Pertimbang Pemain Import Dari Korea Selatan, Uzbekistan - Sukan | mStar

KFA Pertimbang Pemain Import Dari Korea Selatan, Uzbekistan

Liridon Krasniqi bersetuju kekal bersama Kedah musim depan.

ALOR SETAR: Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) masih mempertimbangkan dua pemain import dari Uzbekistan dan Korea Selatan untuk  memperkuatkan pasukan itu bagi saingan Liga Malaysia musim depan.

Setiausaha Kehormatnya, Datuk Aminuddin Omar berkata setakat ini, KFA belum membuat keputusan berhubung dua pemain import bagi mengisi kekosongan terutama di bahagian serangan dan tengah pasukan Kedah.

"Setakat ini, Liridon Krasniqi dan Sandro Da Silva bersetuju bersama pasukan kita, namun kita memerlukan dua lagi pemain import bagi menggantikan Thiago Augusto Fernandes dan Shiane Smeltz yang tidak lagi bersama Kedah pada musim depan," katanya.

Beliau ditemui pemberita pada Majlis Pelancaran Buku Kesukarelawanan di Perpustakaan Awam Kedah di sini, Isnin.

KFA sebelum ini, mengikat kontrak dua pemain baharu iaitu Mohd Fitri Omar dari Pulau Pinang dan Akram Mahinan dari JDT II.

Dalam pada itu, Kongres KFA yang akan berlangsung di Wisma Darul Aman pada Selasa akan membincangkan beberapa perkara berhubung KFA yang akan dihadiri 32 kelab gabungan KFA serta Anggota Jawatankuasa Eksekutif KFA.

"Kongres ini melibatkan pembentangan bajet, kelulusan bajet dan perancangan Jawatankuasa Eksekutif KFA untuk pasukan Kedah dan ada beberapa pengumuman terbaharu berhubung pembangunan pasukan," kata Aminuddin. - BERNAMA

KFA , pemain import , Aminuddin Omar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain