suria

Man City: Aguero Digantung Aksi Hingga Hujung Tahun

PERJALANAN Pep Guardiola untuk menguasai Liga Perdana Inggeris sedikit tergendala apabila bintangnya, Sergio Aguero digantung beraksi sehingga hujung tahun ini.

Pemain Manchester City itu dilayangkan kad merah selepas melakukan kekasaran terhadap David Luiz yang menyaksikan kemenangan berpihak kepada Chelsea dengan keputusan 3-1 di Stadium Etihad.

Penjaring terbanyak City itu sekali lagi menerima hukuman digantung empat perlawanan selepas baharu menyelesaikan denda tidak bermain tiga aksi gara-gara menyiku pemain West Ham, Winston Reid pada Ogos lalu.

Aguero,28, dijangka terlepas peluang bermain menentang Leicester City, Watford, Arsenal dan Hull City.

Dia hanya dijangka kembali beraksi pada 31 Disember bertemu Liverpool.

Selain  itu, perlawanan City dan Chelsea dilihat penuh aksi dramatik apabila seorang lagi pemain Guardiola diarah keluar padang apabila Fernandinho bertindak kasar mencekik leher Cesc Fabregas.




"Sangat menyedihkan apabila perlawanan tersebut berakhir dengan keadaan seperti ini. Saya minta maaf.

"Kedua-kedua pemain seimbang. Dia (Luiz) terjatuh dan (Aguero) tersentuhnya. Ia tidak disengajakan. Mungkin saya perlu lebih banyak memahami perkara di sini tetapi apabila pengadil kata merah, jadi ia merah.

"Kami sudah kehilangan Aguero untuk tiga perlawanan sebelum ini. Kami terima menerima keadaan itu. Manakala Fernandinho pergi ke arah mereka untuk mempertahankan rakan sepasukan," jelas Guardiola.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Serba Tidak Kena - Ranieri

Artikel Lain