suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Doping: Pemain Dan Pegawai Sepak Takraw Digantung

KUALA LUMPUR: Enam pemain dan tiga pegawai skuad sepak takraw kebangsaan digantung oleh Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) kerana kesalahan doping.

Kesemua mereka digantung selepas enggan memberi sampel air kencing ketika ujian doping dilakukan pada kejohanan Piala Raja Thai di Bangkok baru-baru ini.

Agensi Antidoping Malaysia (Adamas) mengesahkan penggantungan ini dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu.

Difahamkan bahawa semua peserta diminta menyediakan sampel air kencing masing-masing ketika kejohanan berlangsung, namun pasukan Malaysia enggan berbuat demikian.

Malah turut dilaporkan, pegawai-pegawai pasukan menolak untuk bekerjasama dengan agensi anti-doping yang disediakan Istaf.

Dalam kenyataan tersebut juga, Adamas memberi tempoh 14 hari kepada semua yang terlibat untuk membuat rayuan mengenai penggantungan itu.

Hukuman penggantungan akan dikenakan kepada sesiapa yang melanggar dan gagal memberi kerjasama dalam menyediakan sampel air kencing di bawah peraturan Agensi Anti Doping Dunia (WADA).

Sepak takraw merupakan salah satu acara sukan di bawah program podium Institut Sukan Negara (ISN) sekaligus menjadi tanda tanya sekira ianya akan terus tersenarai bagi tahun  2017.

Sepak Takraw, doping

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain