suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penyokong Arsenal Kritik Chambers Minta Jersi Costa

PEMINAT Arsenal kurang gembira dengan tindakan bintang muda kelab itu, Callum Chambers yang kini dipinjamkan ke Middlesbrough apabila pemain berusia 21 tahun tersebut dilihat meminta baju penyerang Chelsea, Diego Costa.

Kejadian itu dirakamkan selepas perlawanan antara Middlesbrough dan Chelsea pada awal pagi Isnin tamat dengan kesudahan skuad bimbingan Antonio Conte membawa pulang tiga mata penuh hasil jaringan tunggal Costa.

Namun sejurus wisel penamat ditiup, Chambers dilihat meminta jersi Costa sedangkan Chelsea dan Arsenal merupakan seteru utama dalam Liga Perdana Inggeris.

Ternyata tindakan Chambers itu dianggap kurang sensitif terhadap permusuhan antara dua kelab London tersebut dan mengundang kritikan peminat dalam laman sosial Twitter.

"Chambers meminta jersi Costa. Sila berambus. Berambus sekarang." kata peminat Arsenal, James Cross.

"Apa sudah jadi Chambers? Anda meminta baju Costa?" kata Xudayfi, seorang lagi penyokong Arsenal.

"Oh tidak. Callum Chambers meminta jersi Costa. Di mana maruah anda? Anda hanya pemain pinjaman." kata Rehan Kamal.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Jorgensen "Hina" Pemain Malaysia

Artikel Lain