suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sergio Ramos Keluar Dengan Kekasih Sebelum Berdepan England

SEPANYOL akan turun dalam perlawanan persahabatan menentang England di Stadium Wembley, awal pagi Rabu dan kapten Sepanyol, Sergio Ramos telah mengambil peluang ini untuk keluar bersama kekasihnya menjelang perlawanan tersebut.

Ramos yang sudah tiba London mengajak kekasih jelitanya, Pilar Rubio berjalan-jalan di London sebagai seperti yang dibuat oleh pelancong lain.

Ramos dan Rubio bergambar di tempat-tempat awam seperti di tepi jalan dan di hadapan kawasan pelancongan Carnaby Street.

Dalam sebuah foto yang dimuatnaik di media sosial, mereka berciuman di tengah orang ramai, menikmati musim dingin di sana dengan penuh romantis.

"London calling...akhir minggu sempurna kerana kamu, sayangku," tulis Ramos bersama gambar tersebut yang dimuat naik di akaun Instagram @sr4oficial.

Perlawanan menentang England itu akan menjadi penampilan pertama Ramos setelah tidak dapat turun bermain membantu Sepanyol bulan lalu kerana kecederaan lutut.

Dia juga tidak bermain bermain menentang Albania dalam kelayakan Piala Dunia 2018, Isnin lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain