suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Silap Selangor Tidak Daftar Pengganti Phee - Asum

Phee Jing En

KUCHING: Setiausaha Agung Kesatuan Renang Amatur Malaysia (Asum) Mae Chen menyalahkan kontinjen Selangor kerana tidak mendengar nasihatnya bagi menggantikan atlet yang akan beraksi pada Sukan Olimpik, Phee Jing En, pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-18 di sini. 

Beliau berkata setiap negeri dibenar untuk mendaftar dua perenang dalam satu acara, dan Selangor sudah dimaklumkan beberapa bulan lepas bahawa Phee mempunyai peluang amat cerah untuk layak beraksi di Sukan Olimpik Rio de Janeiro, Brazil.

"Sebagai pemenang pingat emas Sukan Sea, Phee layak menyertai dua acaraindividu dan berganti-ganti. Kami juga sudah maklumkan kepada negeri, terutama Selangor bahawa kemungkinan besar Phee akan beraksi di Sukan Olimpik selepas melakar catatan yang hampir dengan masa kelayakan semasa Terbuka Kebangsaan.

"Tetapi mereka memperjudikan dan baru sahaja mendaftarkan Phee untuk acara itu. Kami baru saja dapat pengesahan daripada Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA), Phee layak bertanding di Rio, awal bulan ini," katanya ketika ditemui pemberita di Pusat Akuatik Sarawak, di sini.

Beliau diminta mengulas kenyataan jurulatih Selangor Mark Chua yang kecewa selepas perenang kedua terbaik negeri itu dalam acara kuak dada, Maryann Kok tidak dibenarkan menggantikan Phee, tetapi sebaliknya diminta menggantikannya dengan perenang kurang berpengalaman, Liew Chern Xin.  -Bernama

Sukma Sarawak, Mae Chen, Asum

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain