suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gol Niguez Bantu Atletico Atasi Bayern

Niguez meraikan jaringannya bersama rakan pasukan.

SAUL Niguez menjaringkan gol tunggal Atletico Madrid ketika pasukan tuan rumah itu menewaskan Bayern Muncih 1-0 pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Vicente Calderon, Madrid, awal pagi Khamis.

Pemain berusia 21 tahun itu berdepan asakan kasar sebelum percubaannya menerjah gawang Bayern ketika permainan memasuki minit ke-11.

Ia sudah tentu kemenangan yang berharga buat Atletico yang amat memerlukan gol menjelang pertembungan timbal balik di stadium lawan, awal pagi Rabu depan.

David Alaba nyaris menyamakan kedudukan untuk Bayern namun percubaannya itu terkena palang.

Lebih malang buat Bayern apabila pasukan itu menguasai hampir 70 peratus bola tetapi gagal mempertahankan benteng pertahanannya sebaik sepak mula.

Bekas penyerang Liverpool, Fernando Torres nyaris menggandakan jaringan untuk Atletico tetapi percubaannya jauh tersasar.

Kini harapan Atletico untuk menempah tiket ke pusingan final bergantung kepada percaturan pengurusnya Diego Simeone pada pertembungan kedua di Allianz Arena nanti.

Namun harus diingat, Pengurus Bayern, Pep Guardiola juga pastinya akan mengatur strategi terbaik ketika anak buahnya melayan kunjungan Atletico dalam usaha merebut slot ke final.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Liga Juara-Juara

Artikel Lain