suria

Separuh Akhir Liga Juara-Juara: City Optimis Berdepan Madrid

Manuel Pellegrini
PENJAGA gawang Manchester City, Joe Hart, yakin dapat mengalahkan Real Madrid dalam perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara, Rabu.

Mengakui berdepan cabaran yang sangat sukar, Hart menilai The Citizens mempunyai kualitinya tersendiri untuk menumbangkan Madrid yang telah meraih 10 trofi Liga Juara-Juara.

Berdasarkan rekod, City dan Madrid sudah bertemu sebanyak dua kali dalam saingan liga ini. Madrid lebih unggul dengan satu kemenangan dan satu keputusan seri.

Bagi City, beraksi di separuh akhir kali ini adalah yang pertama kali bagi kelab ini di arena Liga Juara-Juara berbanding Madrid yang sudah mara ke separuh akhir sebanyak 27 kali.

Ini secara tidak langsung menunjukkan Madrid lebih berpengalaman.

Namun, Hart dan rakan-rakannya tidak mahu memikirkan rekod kecemerlangan Madrid, sebaliknya hanya mahu menunjukkan kemampuan yang terbaik bagi menyekat kemaraan kelab pesaing.


“Anda harus bermain dengan baik ketika tampil di Liga Juara-Juara. Ini merupakan perlawanan yang sukar, namun kami yakin dapat mengalahkan Madrid,” kata Hart memetik The National.

Sementara itu, pengurus kelab, Manuel Pellegrini mengakui Madrid adalah lawan yang sangat diinginkan di babak separuh akhir ini.

Katanya, adalah sangat penting untuk berdepan dengan pasukan sehebat Madrid.

“(Madrid) memang lawan yang kami inginkan tetapi jika kami bertemu Atletico Madrid atau Bayern (Munich), kami akan memikirkan hal yang sama.

“Setiap satu daripada tiga pasukan ini memiliki tahap kesukaran yang sama dan sebab itulah penting untuk berdepan pasukan yang mempunyai tahap seperti Madrid,” jelasnya, memetik Football Espana.
Manuel Pellegrini, Joe Hart

Artikel Berikut

Keputusan La Liga

Artikel Lain