D'Herbs Sahkan Taja Pasukan Kedah RM30 Juta - Sukan | mStar

D'Herbs Sahkan Taja Pasukan Kedah RM30 Juta

Pengasas D'Herbs, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman. Foto instagram @aliffsyukriterlajaklaris

ALOR SETAR: Syarikat D'Herbs Holdings (M) Sdn Bhd (D'Herbs) mengesahkan bahawa ia akan menaja skuad Kedah sebanyak RM30 juta dalam tempoh tiga tahun.

Pengasas D'Herbs, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman berkata, jumlah tajaan itu, yang dibuat atas permintaan kerajaan negeri dan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), akan diserahkan selepas perjanjian dimeterai kedua-dua pihak dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata, penajaan itu dibuat dengan beberapa syarat, dan pihaknya masih menunggu reaksi daripada kerajaan negeri berhubung perkara itu.

"Setiap tahun, kita akan serahkan RM10 juta untuk tujuan pembangunan dan meningkatkan mutu bola sepak serta mahu melahirkan pemain muda hebat setanding dengan pasukan luar.

"Tajaan ini adalah satu suntikan semangat kepada pasukan Skuad Helang Merah dan jika pasukan itu menunjukkan prestasi yang bagus... saya akan terus menaja pasukan itu selepas kontrak tiga tahun itu tamat tempoh," katanya pada sidang media di Stadium Darul Aman, Sabtu malam.

Aliff berkata selain itu, dana itu akan digunakan oleh KFA untuk program pembanguan bola sepak di peringkat akar umbi dalam usaha untuk mencari bakat-bakat muda dalam mewarnai bola sepak negeri ini.

Penajaan itu juga akan digunakan untuk membaiki Stadium Darul Aman seperti menambah baik kaunter tiket, tempat untuk orang kelainan upaya (OKU) dan infrastruktur lain.

"Jumlah tajaan akan saya pantau dari masa ke masa bagi memastikan ia digunakan untuk pembangunan bola sepak sahaja," katanya sambil berharap pasukan Kedah menjuarai Piala FA dan berada pada kedudukan terbaik dalam Liga Super.

Menurut Aliff, beliau tidak akan mencampuri pentadbiran KFA sebaliknya akan membantu persatuan itu untuk mengkomersil bola sepak dan pemain dari pasukan itu pada masa depan. - Bernama

D'Herbs , Aliff Syukri Kamarzaman

Artikel Sebelum

Keputusan Piala FA

Artikel Berikut

Pemain Muda Kedah Ikat JDT

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain