suria

Diego Simeone Berminat Ambil Ramos

Sergio Ramos
JURULATIH Atletico Madrid, Diego Simeone, mengaku kagum dengan kapten Real Madrid, Sergio Ramos.

Katanya, pemain berasal dari Sepanyol itu adalah salah seorang pemain yang diidamkan oleh beberapa jurulatih kelab terkemuka dunia.

Ramos adalah salah seorang di kalangan pemain terbaik dunia yang mampu bertahan. Sejak datang dari Sevilla pada 31 Ogos 2005, pemain berusia 30 tahun itu berjaya meraih 10 gelaran bersama Los Blancos, termasuk satu trofi Liga Juara-Juara musim 2013/2014.

"Saya mengagumi Ramos dan menghormatinya. Sudah pasti jika kami jurulatih boleh memilih para pemain, Ramos akan menjadi salah seorang yang akan dipilih oleh semua jurulatih di dunia untuk bermain dalam pasukan mereka," kata Simeone, memetik Football Espana.

Simeone turut mengulas mengenai saingan dengan Real Madrid dan Atletico di saingan La Liga di mana dia amat berharap Fernando Torres dan rakan-rakan dapat kembali meraih gelaran juara memandangkan persaingan Madrid dan Barcelona kini sangat sengit.


Pada masa ini, Atletico berada di posisi kedua dengan 79 mata dari 34 perlawanan. Mereka berkongsi mata dengan Barcelona yang kini berada di puncak carta.

"Anda boleh katakan bahawa musim ini lebih baik berbanding sebelumnya. Itu semua disebabkan hasil yang diraih selama ini. Tetapi, masih ada banyak pertandingan yang harus kami lalui," kata Simeone.
Diego Simeone, Sergio Ramos, La Liga

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Sturridge Idam 100 Gol

Artikel Lain