suria

Penyerang Muda United Cari Ejen Sebelum Bincang Kontrak

PENYERANG muda Manchester United Marcus Rashford menangguh perbincangan mengenai kontrak baharu di kelab ini sehingga bertemu seorang ejen bagi mewakili pihaknya.

Pemain berusia 18 tahun itu kini diwakili oleh ibu dan abangnya.

Rashford yang menerima gaji  £1,500 pound seminggu (RM8,401) tidak termasuk bonus 5,000 pound setiap penampilan dan menang akan menangguhkan perbincangan tersebut sehingga tamat musim ini. Dia perlu mencari seorang ejen sebelum menandatangani kontrak baharu di Old Trafford.

United bersedia untuk mengikat Rashford lebih lama selepas penyerang muda ini mempamerkan aksi menarik dengan meledak tujuh gol dalam 13 aksi keseluruhan musim ini.

Kontrak sedia ada Rashford bakal berakhir 2017 dan ibu (Mel) serta abangnya mahu perbincangan kontrak baharu bersama United kelak dilihat lebih teratur dengan adanya wakil ejen.

Rashford satu-satunya pemain daripada 14 pelatih di Akademi Manchester United yang dipanggil Louis van Gaal untuk berada dalam barisan utama skuadnya.

Peluang yang diberikan oleh pengurus kelahiran Belanda itu tidak disia-siakan Rashford sehingga namanya menjadi sebutan apabila berjaya mencatat gol kemenangan ketika menentang Manchester City dan Aston Villa dalam aksi liga serta menunjukkan usaha keras ketika kemenangan ke atas West Ham pada aksi suku akhir Piala FA minggu lalu.

Artikel Berikut

Artikel Lain