suria

Padah Kencing Dalam Gelas, Carruthers Disiasat MK Dons

Carruthers sedang membuang air kecil ke dalam gelas tanpa menyedari tindakannya itu dirakam.

PEMAIN tengah MK Dons, Samir Carruthers berdepan dengan siasatan kelab selepas tindakannya yang kencing ke dalam gelas kosong dirakam ketika hari pembukaan Festival Cheltenham pada Selasa.

Selain Carruthers, turut dirakam berkelakuan tidak senonoh itu adalah pemain pertahanan Bristol City, Luke Ayling 'mengisi' gelasnya dan membawa di sekitar majlis yang dihadiri oleh golongan ternama.

Lebih buruk, pemain Northampton Town, James Collins turut kencing ke dalam gelas kosong sebelum mencurahkannya ke balkoni tanpa mempedulikan keadaan di bawah.

Collins mencurahkan ari kencingnya ke balkoni bahagian bawah.

Carruthers yang beraksi dalam Liga Kejuaraan Inggeris memberitahu, dia dirakam oleh jurufoto ketika sedang membuang air kecil di balkoni bahagian atas.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh MK Dons pada Rabu: "Pihak kelab telah memulakan siasatan dalaman mengenai perkara itu".

MK Dons kini hanya kekurangan satu mata untuk berada di zon penyingkiran ke Liga Kedua Inggeris.

Selain itu, pihak penganjur Cheltenham berkata: "Berdasarkan imej kelakuan yang memalukan pada semalam, kami telah membatalkan tempahan mereka pada hari ini."

Festival Cheltenham di United Kingdom merupakan sambutan pembukaan musim perlumbaan kuda kebangsaan selama empat hari.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain