suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Chelsea Hampir Pasti Lantik Antonio Conte

CHELSEA hampir pasti melantik Antonio Conte sebagai sebagai jurulatihnya apabila Massimiliano Allegri mengesahkan '100 peratus' untuk tidak ke Stamford Bridge pada musim panas ini.

Chelsea sebelum ini menyenarai pendek dua nama jurulatih dari Itali untuk mengambil alih tugas Guus Hiddink.

Hiddink dilantik sebagai jurulatih sementara selepas Chelsea memecat Jose Mourinho akibat prestasi tidak menentu pasukan tersebut.

Selain dua jurulatih berjaya dari Itali itu, Chelsea turut mengintai pengendali Atletico Madrid, Diego Simeone.

"Saya kekal untuk menjadi jurulatih Juventus pada tahun depan, kerana saya masih mempunyai kontrak selama setahun.

"100 peratus tidak akan bertukar (ke kelab lain)," tegas Allegri.

Conte yang merupakan bekas jurulatih Juventus sebelum Allegri telah diberi amaran untuk lebih bersabar apabila membimbing kelab Liga Perdana Inggeris.

Ini kerana, cabaran dan tekanan di liga tersebut agak berbeza walaupun jurulatih diberi dana besar untuk membeli pemain.

Chelsea, Itali

Artikel Sebelum

Artikel Lain