suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

BWF Lancar Laman Web Bahasa Mandarin

KUALA LUMPUR: Persekutuan Badminton Dunia (BWF) melancarkan laman web dalam bahasa Mandarin untuk peminat sukan itu yang berbahasa tersebut.

Dalam satu kenyataan, Setiausaha Agung BWF, Thomas Lund berkata adalah penting bagi persekutuan itu melibatkan peminat golongan tersebut dan menyampaikan maklumat mutakhir sukan badminton pada hujung jari mereka.

"Perkembangan terbaharu ini melengkapkan satu lagi komponen rangkaian website BWF bagi audiens tertentu dalam komuniti global badminton dan juga untuk berkomunikasi berita badminton dalam bentuk yang lebih terperinci kepada pelbagai peminat," katanya.

Thomas berkata permintaan untuk maklumat mengenai pelbagai aspek sukantersebut adalah tinggi dan BWF sedang menangani permintaan untuk menyampaikan saluran maklumat lebih baik kepada audies yang berbeza.

"Setiap laman menyasar sektor tertentu dalam kalangan komuniti badminton dengan memastikan kita menggunakan pengalaman talian yang ditambah baik bagi melayani generasi muda yang setia mengikuti sukan pada alat mobile," katanya.

Laman web Mandarin itu boleh diikuti di www.bwfbadminton.cn. -Bernama

BMW, Laman Web Mandarin

Artikel Lain