suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tidak Sukar Putuskan Mata Jadi Kapten Minggu Lalu - Van Gaal

Juan Mata.

PENGURUS Manchester United Louis van Gaal berkata keputusan untuk menurunkan Juan Mata selaku kapten ketika pasukan itu menundukkan Watford 1-0 pada minggu lalu bukanlah sesuatu yang rumit untuk dilakukan.

The Red Devils boleh dikatakan bernasib baik kerana mengutip tiga mata penuh berikutan The Hornets gagal menemui penyudah berbisa di depan gawang.

Pada perlawanan itu Mata menjaringkan gol tunggal untuk United sekali gus menentukan perbezaan antara kedua-dua kelab tersebut.

Dan Van Gaal berkata keputusan menurunkan pemain kebangsaan Sepanyol untuk mengetuai pasukan itu amat mudah untuk dilakukan.

"Ia tidak sukar untuk menjadikan Mata sebagai kapten pada perlawanan tersebut kerana saya mempunyai sekumpulan pemain senior yang sering saya temui untuk berbincang mengenai pelbagai aspek - sesi latihan, mesyuarat atau bagaimana untuk mendekati pemain dan sebagainya.

"Juan adalah salah seorang pemain dari kumpulan tersebut dengan tiga kapten lain iaitu Rooney, Carrick dan Smalling - dan tidak ketinggalan juga Bastian Schweinsteiger. Jadi keputusan itu mudah untuk saya lakukan," katanya.

Menjelang pertemuan menentang West Brom, malam Ahad, Van Gaal menasihati anak buahnya supaya berusaha keras untuk melakar kemenangan dalam usaha menempatkan diri dalam kelompok empat pasukan teratas untuk mara ke Liga Juara-Juara.

"Kita perlu lebih yakin, tetapi ia sentiasa bergantung kepada keputusan," katanya.



Artikel Lain