suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suarez Kembali Ke Skuad Uruguay Selepas Aksi Gigit 2014

PENYERANG Uruguay, Luis Suarez kembali ke skuad kebangsaan selepas digantung aksi antarabangsa gara-gara menggigit pemain lain ketika perlawanan Piala Dunia 2014.

Suarez dipanggil menyertai rakan-rakannya bagi menjalani persiapan Jumaat menjelang perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 Rusia bertemu Brazil dan Peru.

Pemain Barcelona itu digantung sembilan perlawanan antarabangsa selepas mengigit pemain Itali, Giorgio Chiellini di Brazil dua tahun lalu.

Suarez antara 28 pemain yang dipanggil Oscar Tabarez bagi menentang Brazil di Recife pada 25 Mac ini dan Peru di Montevideo empat hari kemudian.

Pemain tengah Genoa, Diego Laxalt dan pertahanan Manchester United Guillermo Varela disenaraikan buat kali pertama.

Pasukan Uruguay kini berada di tempat kedua, di belakang Ecuador selepas mencatat tiga daripada empat perlawanan bagi 10 pasukan Amerika Selatan.

Empat pasukan teratas secara automatik akan beraksi di Rusia manakala, pasukan di tempat kelima akan bermain dalam aksi play off menentang wakil dari zon Oceania.

Luis Suarez, Uruguay

Artikel Lain