suria

Hazard Mahu Tinggalkan Chelsea

Eden Hazard.

BINTANG sensasi, Eden Hazard memutuskan untuk meninggalkan Chelsea pada penghujung musim ini, lapor Daily Mail.

Pemain kelahiran Belgium itu dilaporkan memberitahu rakan rapatnya mengenai perkara tersebut.

Malah, Hazard didakwa tidak akan mengubah fikirannya.

Spekulasi tersebut membuka jalan kepada Paris Saint-Germain (PSG) yang dikatakan turut berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

Selain PSG, Real Madrid dan Bayern Munich juga mahu mencuba nasib untuk memancing pemain sensasi itu.

PSG berkata mereka sanggup membelanjakan sebanyak 45 juta pound (RM291 juta) terhadap Hazard.

Namun, difahamkan Chelsea mahukan nilai bidaan dua kali ganda daripada jumlah tersebut.

Eden Hazard, Chelsea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain