suria

Copa del Rey: Atletico Mara Ke Kelompok 16 Pasukan Terakhir

Partey (kiri) meraikan jaringannya bersama rakan pasukan.

MADRID: Atletico Madrid menempah tiket ke kelompok 16 pasukan terakhir Piala Raja Sepanyol (Copa del Rey) selepas menewaskan Reus 1-0, awal pagi Jumaat.

Kemenangan kesembilan berturut-turut kelab itu dalam semua pertandingan, hasil jaringan Thomas Partey yang menjelmakan kemenangan menerusi agregat 3-1.

Pemain tengah dari Ghana itu menjaringkan gol pertamanya untuk Atletico lapan minit selepas babak kedua bersambung.

Atletico turun tanpa dua tonggak utamanya, Diego Godin dan Antoine Griezmann yang direhatkan.

Atletico adalah kelab pilihan kedua dalam kejohanan itu, di belakang Barcelona untuk menjulang piala ini buat kali ke-11 selepas Real Madrid tersingkir kerana menurunkan pemain yang menjalani tempoh penggantungan.

Anak buah Diego Simeone sekali lagi membuktikan mereka masih hebat walaupun Fernando Torres gagal menyerlah di depan gawang lawan.

Pasukan di tangga keempat La Liga, Celta Vigo turut mara ke pusingan seterusnya selepas sepakan percuma Daniel Wass memberikan kemenangan 1-0 ke atas Almeria, dan 4-1 secara agregat.

Atletico Madrid, Copa del Rey

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain