suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

O'Driscoll Bakal Dilantik Pembantu Pengurus Liverpool

Sean O'Driscoll.

LIVERPOOL akan mengumumkan pelantikan Sean O'Driscoll sebagai pembantu pengurus dan pengurus akademi Pep Lijnders ke dalam skuad kejurulatihan bagi membantu Brendan Rodgers pada Isnin.

Agensi berita Press Association Sport difahamkan kedua-dua individu tersebut akan memulakan tugas masing-masing sekembalinya para pemain ke dalam latihan pra musim yang akan datang.

O'Driscoll, yang tidak lagi bersama skuad England Bawah-19 tahun akan menggantikan bekas pembantu Rodgers, Colin Pascoe yang dipecat berikutan kegagalan dalam membantu kelab itu terus beraksi pada saingan Liga Juara-Juara Eropah selepas menduduki tempat keenam dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL).

Namun, Lijnders akan berperanan untuk membangunkan pemain elit setelah mempamerkan hasil kerja membanggakan dengan pemain di akademi tersebut.

Beliau juga akan terus bekerjasama dengan pemain muda terbaik di akademi tersebut.

Liverpool juga akan mengambil beberapa jurulatih tambahan sekali gus membuka peluang kepada individu yang pernah dikaitkan dengan kelab tersebut sebelum ini.

Bekas pemain pertahanannya, Sami Hyypia yang pernah menguruskan Bayer Leverkusen dan Brighton dan bekas pembantu kepada Rafael Benitez, Pako Ayesteran yang menamatkan kontraknya dengan Maccabi Tel Aviv turut disebut-sebut bakal mengisi kekosongan jawatan di Anfield.

Bagaimanapun, proses pengambilan sedang dijalankan buat masa ini.

Liverpool, Sean O'Driscoll

Artikel Sebelum

Artikel Lain