suria

Man City Tertekan, Bimbang Barcelona 'Sapu' Pogba

MANCHESTER CITY semakin tertekan untuk mendapatkan Paul Pogba dari Juventus, namun berharap mampu mengikat Kevin De Bruyne dahulu selepas menemui ejennya pada minggu depan.

City mula tertekan apabila mengetahui dua pegawai kanan Barcelona iaitu Ariedo Braida dan Albert Soler menemui Pengarah Urusan Juventus, Giuseppe Marotta dan Pengarah Sukan, Fabio Paratici di sebuah restoran di Milan.

Tidak cukup dengan itu Marotta pula mengesahkan telah menerima bidaan sebanyak £56.7 juta untuk Pogba, namun kelab berkenaan enggan menjual pemain tengah itu.

Walaupun Barcelona tidak boleh mengikat mana-mana pemain sehingga Januari depan, namun kelab gergasi Sepanyol itu dikatakan mahu mendapatkan Pogba pada tahun depan.

Bagaimanapun, City dilaporkan tidak akan mengalah sebaliknya akan berusaha untuk mendapatkan Pogba dalam tempoh terdekat sebelum latihan pramusim dimulakan.

Juventus

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain