suria

Projek Naik Taraf Kompleks MSN Belum Diserah Kepada Mana-Mana Pihak - Khairy

Khairy Jamaluddin
PUTRAJAYA: Kementerian Belia dan Sukan menerima banyak cadangan tentang kerja menaik taraf dan mengubah suai Kompleks Sukan Negara (KSN) Bukit Jalil, tetapi belum menyerahkan projek itu kepada mana-mana pihak, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

"Ia mengamalkan proses bidaan terbuka, di mana cadangan yang diterima akan dibuat penilaian dari segi nilai dan akan dimuktamadkan Ogos ini," katanya  selepas merasmikan Perlumbaan Reebok Spartan di sini Khamis.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas laporan bahawa Malaysian Resources Corp Bhd (MRCB) dijangka melakukan kerja mengubah suai Stadium Nasional, yang kini berusia 17 tahun, dan venue lain di Bukit Jalil.

Khairy berkata kerja menaik taraf kompleks itu akan dilakukan dalam dua fasa dan dijadual siap menjelang 2019.

Menurut beliau, fasa pertama, yang melibatkan kerja mengubah suai dan menaik taraf, dijangka siap sebelum berlangsungnya Sukan SEA ke-29 pada 2017.

Fasa kedua pula akan dilaksanakan selepas berakhir temasya sukan itu, termasuk pembinaan venue sukan atau dewan pameran baharu, katanya.

Kompleks MSN, Khairy Jamaluddin

Artikel Sebelum

Artikel Lain