suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Liga Hoki Dunia: Malaysia Wajib Menang Bertemu India

KUALA LUMPUR: Skuad hoki negara perlu kekal fokus dan wajib menang perlawanan suku akhir menentang India pada saingan SeparuhAkhir Liga Hoki Dunia (HWL) 2015 di Antwerp, Belgium.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata pasukan digelar 'SpeedyTigers' itu perlu menerapkan disiplin dan kesungguhan yang tinggi bagi memastikan kemenangan berpihak kepada Malaysia. 

"Kita semua menanti perlawanan hoki dengan penuh debaran. Macam yang kitalihat sebelum ini, Malaysia dilihat sedikit bergelut, namun mereka bermain dengan baik.

"Saya harap mereka bermain dengan bersungguh-sungguh dan menang untuk layak ke Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM), Isnin malam.  

Malaysia yang berada di ranking ke-12 dunia, mencatat dua kemenangan dengan menewaskan China (3-2) dan Ireland (4-2), serta dua kekalahan iaitu kepada Belgium (0-2) dan Great Britain (1-3) pada saingan peringkat Kumpulan B. 

Malaysia dijadual bertemu pasukan kesembilan dunia, India pada 1 Julai ini, selepas menamatkan cabaran Kumpulan B di tangga ketiga dengan enam mata.

Skuad negara perlu menamatkan cabaran dalam kelompok tiga teratas dalam kejohanan berkenaan untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik Rio de Janeiro,tahun depan.

Liga Hoki Dunia, Belgium

Artikel Sebelum

Artikel Lain