suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Man United Mungkin Kehilangan Wayne Rooney Selepas Di Maria

SELEPAS kehilangan Angel Di Maria, Manchester United kini mungkin terpaksa melupakan aksi ketua pasukan, Wayne Rooney jika imbasan x mendedahkan pemain itu mengalami keretakan pada lutut.

Bagaimanapun keretakan lutut itu hanya andaian awal dan kecederaan sebenar pemain penting terbabit bakal diketahui dalam tempoh terdekat.

Pengendali United, Louis van Gaal turut yakin Rooney tidak mengalami kecederaan serius.



"Ia kecederaan lutut, tetapi kita perlu menunggu sehingga esok untuk mengulas sesuatu kerana apa yang sebenarnya telah berlaku.

"Pada pendapat saya, ia tidak teruk, tetapi saya bukan doktor untuk mengesahkan. Kita perlu tunggu sehingga imbasan x dilakukan pada esok," katanya.

Jurulatih kelahiran Belanda itu menjelaskan, kecederaan yang dihadapi Di Maria juga tidak serius, namun pemain terbabit mungkin tidak disenaraikan pada perlawanan penting menentang Southampton nanti.


Manchester United, Wayne Rooney

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Copa Del Rey

Artikel Lain