suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Khairy Diminta Timbang TMJ Dalam J/Kuasa Pembangunan Bola Sepak Negara

Khairy Jamaluddin
KUALA LUMPUR: Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa meminta Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin supaya mempertimbang pelantikan Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam Jawatankuasa Pembangunan Bola Sepak Negara.

Beliau berkata pelantikan Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu, yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ), dapat memastikan ia mampu melaksanakan peranannya dengan lebih berkesan.

"Masa berjalan pantas..Yang Berhormat Menteri (Khairy Jamaluddin) perlu menampakkan hasil di era pimpinannya dan semua pihak harus bekerjasama...Selamat bertugas kepada semua," katanya dalam laman Facebooknya, Sabtu.

Jawatankuasa itu, yang ditubuhkan tahun lepas dan diselia oleh Kementerian Belia dan Sukan, berfungsi sebagai badan penasihat dan pemantau kepada program pembangunan bola sepak yang dilaksanakan oleh agensi-agensi pelaksana di pelbagai peringkat seperti Majlis Sukan Negara dan Kementerian Pendidikan.

Jawatankuasa itu, yang dipengerusikan oleh Khairy, turut meletakkan sasaran bahawa skuad bola sepak bawah 17 negara layak menyertai Piala Dunia Remaja 2019.

Pada masa sama, Annuar turut mengucapkan tahniah kepada Tunku Ismail setelah dilantik sebagai Penasihat Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Pelantikan Tunku Ismail ke jawatan itu diumumkan oleh Tengku Abdullah selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pasukan Kebangsaan, Jumaat.

Tengku Abdullah dilaporkan bertitah bahawa pelantikan Tunku Ismail bertujuan membantu FAM dalam memantapkan lagi keseluruhan pasukan senior dan junior kebangsaan.

Tunku Ismail sebelum ini terkenal dengan kelantangan baginda dalam menyuarakan pendapat bagi memastikan mutu bola sepak negara terus diperjuangkan.

Artikel Sebelum

Artikel Lain