suria

Gol Saat Akhir Ba Bantu Besiktas Ikat Spurs

Ba (kanan) menjaringkan sepakan penalti pada minit ke-89.
DEMBA Ba menjaringkan sepakan penalti pada saat akhir untuk membantu  Besiktas mengikat Tottenham Hotspur 1-1 dalam saingan Liga Europa di White Hart Lane, awal pagi Jumaat.

Bekas penyerang Chelsea itu menyempurnakan sepakan penalti yang dihadiahkan kepada Besiktas selepas bola terkena tangan Vlad Chiriches.

Pasukan tuan rumah pada mulanya dilihat mampu menguasai perlawanan sehingga wisel penamat apabila mendahului seawal minit ke-27 menerusi jaringan Harry Kane.

Namun, keputusan itu memberi satu lagi tamparan hebat buat skuad kendalian pengurus Mauricio Pochettino yang turut terikat seri 1-1 dengan Arsenal pada aksi Liga Perdana Inggeris, Sabtu lalu.

Besiktas bangkit memberi saingan sengit tetapi percubaan Ba terkena palang manakala percubaan Olcay Sahan berjaya dipatahkan penjaga gawang SPurs, Hugo Lloris.

Keputusan itu menyaksikan Spur menduduki tempat ketiga di dalam kumpulan, berkongsi dua mata dengan Besiktas.

Pemain Spurs kini bergelut dengan masalah keyakinan selepas hanya memenangi satu daripada tujuh perlawanan terdahulu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Liga Europa

Artikel Lain