suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Berahino Pacu Kemenangan West Brom Benam Burnley

Dorrans (kiri) meraikan jaringannya bersama rakan pasukan, Berahino.
SAIDO Berahino menjaringkan dua gol untuk membantu West Brom menewaskan Burnley 4-0 di Hawthrons pada aksi Liga Perdana Inggeris, tengah malam Ahad.

Ia merupakan kemenangan berturut-turut yang pertama bagi pasukan kendalian Alan Irvine dalam tempoh setahun.

Pasukan tuan rumah membuka jaringan awal pada minit ke-30 menerusi Craig Dawson.

Berahino menggandakan jaringan dari jarak dekat pada minit ke-46 sebelum menjaringkan gol ketiga pada babak kedua

Graham Dorrans melengkapkan gol keempat West Brom dengan penyudah yang kemas selepas memanfaatkan hantaran pemain gantian, Cristian Gamboa.

West Brom kini menduduki tangga ke-10 dengan mengumpul lapan mata daripada enam perlawanan.

Burnley pula berada di kedudukan tercorot liga selepas hanya mengutip tiga mata.



West Brom, Burnley, EPL

Artikel Sebelum

Keputusan Bundesliga

Artikel Berikut

Keputusan La Liga

Artikel Lain