suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ander Herrera Dipanggil Bantu Siasatan Atur Perlawanan

PEMAIN tengah Manchester United, Ander Herrera merupakan salah seorang daripada dua bintang Liga Perdana Inggeris yang dipanggil oleh pihak berkuasa Sepanyol untuk membantu siasatan laporan mengatur perlawanan.

Herrera, 25, merupakan sebahagian daripada skuad Zaragoza yang berjaya mencipta kemenangan 2-1 keatas Levante bagi menyelamatkan pasukan tersebut daripada tergelincir ke liga bawahan.

Laporan mengenai wujud gejala mengatur perlawanan itu telah dikemukakan kepada pihak anti rasuah Sepanyol untuk siasatan dan berikutan itu seramai 20 pemain dipanggil untuk direkodkan keterangan.

Jefferson Montero

Selain Herrera, pemain sayap Swansea, Jefferson Montero (gambar) merupakan sebahagian pemain yang terlibat dalam perlawana tersebut.

Bagaimanapun Zaragoza menafikan bahawa pasukan itu terlibat dalam salah laku tersebut dan berjanji akan membantu siasatan sebaik mungkin.






Manchester United, Ander Herrera

Artikel Berikut

Artikel Lain