Sukan Asia: Josiah Rangkul Gangsa, Azizulhasni Hampa Keputusan Komisar - Sukan | mStar

Sukan Asia: Josiah Rangkul Gangsa, Azizulhasni Hampa Keputusan Komisar

osiah Ng berkongsi kegembiraan bersama isteri Kim Ong Suan Kim selepas meraih pingat gangsa dalam acara akhir keirin lelaki di Incheon International Veledrom pada Khamis.

INCHEON: Jaguh berbasikal negara, Josiah Ng tidakmerasai suasana gembira dengan pingat gangsa dalam acara keirin individu lelaki selepas keputusan kontroversi menafikan posisi tempat kedua rakan senegara Azizulhasni Awang pada temasya Sukan Asia ke-17 pada Khamis.

Josiah, yang menamatkan perlumbaan di tangga keempat, dihadiahkan pingat gangsa selepas kedudukan Azizulhasni dibatalkan oleh komisar kerana menghalang pelumba lain ketika melakukan pecutan.

Pelumba Jepun, Kazunari Watanabe, yang sebelum itu menduduki tangga ketiga, memenangi pingat perak manakala pelumba Iran, Mohammad Daneshvarkhourram merangkul pingat emas.

"Apabila mereka mengumumkan, ia mencetus emosi sama seperti di Sukan Komanwel di New Delhi. Saya agak marah tetapi dalam sukan, kami terpaksa menerimanya.

"Emosi saya bercampur baur kerana kami begitu akrab. Sesiapa sahaja dalam keadaan saya mungkin gembira dengan pingat ini tetapi bagi diri saya, Azizul adalah seperti adik saya.

"Saya tidak begitu gembira seperti yang sepatutnya. Tetapi kami perlu sedar bahawa in adalah sukan dan perkara seperti ini berlaku. Sekiranya keputusan disemak semula, sayalah orang yang gembira untuk dia," katanya.

Josiah Ng , Sukan Asia , Azizulhasni

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Sukan Asia: Fatehah Terlepas Pingat Gangsa

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Rakyat Pahang terima Sultan baharu