suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Diego Costa Cedera, Mampu Bermain Satu Perlawanan Seminggu

JOSE MOURINHO mendakwa penyerangnya, Diego Costa tidak mampu bermain lebih daripada satu perlawanan dalam tempoh seminggu berikutan kecederaan hamstring yang dialami.

Costa yang menjaringkan tujuh gol untuk Chelsea dalam Liga Perdana Inggeris setakat ini terpaksa menjadi pemain simpanan pada perlawanan Liga Juara-juara Eropah bertemu Schalke yang menyaksikan skuad tersebut seri 1-1 di gelanggang sendiri.

Costa was named on the substitutes' bench, along with Loic Remy, as Chelsea drew 1-1 with Schalke
Costa (kanan) dan Loic Remy.

Kecederaan Costa turut mendorong Mourinho menyalahkan skuad kebangsaan Sepanyol yang didakwa gagal menyelia masalah otot pemain dengan baik.

"Dia (Costa) ke skuad kebangsaan dalam keadaan sempurna tetapi pulang dengan kecederaan.

"Apa yang berlaku pada Costa turut menimpa banyak pemain negara lain. Saya tidak ada lain untuk berkata.

"Dia bermain satu perlawanan dengan baik, kemudian bila bersama pasukan kebangsaan dan bermain menentang Perancis, dia pulang dalam kecederaan," jelasnya.

The duo were introduced in the 74th minute in the Champions League game at Stamford Bridge

Dalam perlawanan bertemu Schalke, Costa dimasukkan ketika perlawanan berbaki 17 minit.

Dalam perlawanan seterusnya, Chelsea memerlukan khidmat Costa untuk berdepan Manchester City pada Ahad ini.

Chelsea, Diego Costa, Jose Mourinho

Artikel Berikut

Artikel Lain