suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Harimau Malaya Kalah 1-3 Kepada UAE

KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaya kalah 1-3 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada aksi persahabatan antarabangsa yang berlangsung di Stadium Antarabangsa Shenzen, China, Rabu.

Kemenangan itu merupakan yang kedua untuk pasukan UAE kendalian Mahdi Ali selepas menundukkan Laos, 2-0 pada aksi pertama di venue sama, Sabtu lepas.

Untuk Harimau Malaya pula, ia adalah kekalahan kelapan daripada 11 pertemuan dengan pasukan itu.

Malaysia pernah mencatat dua kali kemenangan ke atas UAE iaitu 2-0 pada Piala Asia 1980 di Kuwait dan 2-1 pada Kejohanan Pestabola Merdeka 1982.

Perlawanan di China itu adalah aksi pemanas badan terakhir untuk anak didik Rajagobal sebelum berdepan ujian getir menentang Bahrain pada perlawanan ketiga, Kumpulan D, kelayakan Piala Asia 2015 di Stadium Shah Alam, 15 Oktober ini.

Artikel Sebelum

Zulfahmi Ceria Boleh Berlumba

Artikel Lain