suria

23 Pemain Termasuk 'Budak Nakal' City Dicalonkan Sebagai Pemain Terbaik Dunia

SERAMAI 23 orang pemain ternama dunia termasuk 'budak nakal' Manchester City, Mario Balotelli telah disenaraikan sebagai calon pemain terbaik dunia 2012 - Ballon d'Or.

Malah bukan super Mario sahaja tetapi dua lagi pemain City iaitu pemain antarabangsa Argentina, Sergio Agüero dan Yaya Touré dari Ivory Coast turut disenaraikan oleh badan bolasepak dunia Fifa, untuk anugerah yang akan disampaikan pada Januari tahun depan di Switzerland.

Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo adalah dua calon popular untuk menang.

Selain itu, dua orang tonggak utama Manchester United, Wayne Rooney dan Robin van Persie turut disenaraikan.

Malah bekas pemain Chelsea, Didier Drogba yang kini bermain untuk kelab China, turut tersenarai sebagai calon.

Rakan sepasukan Messi di Barcelona, Xavi Hernández, Gerard Piqué, Andrés Iniesta dan Sergio Busquets turut dicalonkan oleh Fifa.

Messi akan menunggu dengan penuh debar apakah dia akan terpilih untuk kali yang ketiga berturut-turut anugerah pemain terbaik dunia.

Tahun lalu, selain Messi sebagai pemain terbaik, Iniesta dan Xavi menduduki tempat kedua dan ketiga dunia.

BERIKUT ADALAH SENARAI PENUH 23 PEMAIN YANG DICALONKAN UNTUK ANUGERAH PEMAIN TERBAIK DUNIA:

> Sergio Agüero (Arg)

> Xavi Alonso (Sp)

> Mario Balotelli (It)

> Karim Benzema (Fr)

> Gianluigi Buffon (It)

> Sergio Busquets (Sp)

> Iker Casillas (Sp)

> Cristiano Ronaldo (Por)

> Didier Drogba (Iv)

> Ramadel Falcao (Col)

> Zlatan Ibrahimovic (Swe)

> Andrés Iniesta (Sp)

> Lionel Messi (Arg)

> Manuel Neuer (Ger)

> Neymar (Bra)

> Mesut Ozil (Ger)

> Gerard Piqué (Sp)

> Andrea Pirlo (It)

> Sergio Ramos (Sp)

> Wayne Rooney (Eng)

> Yaya Touré (Iv)

> Robin van Persie (Neth)

> Xavi Hernández (Sp)

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain