suria

Juan Sebastion Veron tolak tawaran lumayan Man City

BEKAS bintang Manchester United dari Argentina, Juan Sebastian Veron mengejutkan pengurus baru Manchester City, Roberto Mancini apabila beliau menolak tawaran gaji £130,000 Pound Sterling seminggu hanya untuk berada bersama keluarganya di Argentina.

Veron kini bermain dengan juara Argentina, Estudiantes.

Manchester City telah menawarkan £7 juta Pound Sterling kepada kelab Argentina itu untuk mendapatkan khidmat kapten yang telahpun berusia 34 tahun.

“Saya terpaksa menolak tawaran Manchester City atas sebab-sebab kekeluargaan dan pada masa yang sama saya juga memutuskan untuk menamatkan kerjaya bolasepak saya di sini,” katanya.

Pemain antarabangsa Argentina itu, pernah bermain bersama Roberto Mancini pada tahun-tahun 1980an bersama kelab Sampdoria dan Lazio dan memenangi kejuaraan liga Serie A Itali.

Manchester United telah membeli Veron pada harga £28 juta pada tahun 2001 tetapi selepas dua musim bersama United, Veron telah dibeli oleh Chelsea pada harga £15 juta.

Sepertimana di United, Veron tidak dapat merealisasikan potensinya yang sebenar di Chelsea dan pada tahun 2007 dia telah kembali ke Argentina.

Mancini dilaporkan merasa kecewa dengan keputusan Veron itu walaupun selepas dia sendiri secara pribadi memujuk Veron untuk ke City.

Artikel Sebelum

TERKINI: Keputusan Serie A

Artikel Berikut

Jadual Liga Perdana Inggeris

Artikel Lain