suria

Babak panas Zul Ariffin mungkin tak tayang di TV, hanya untuk publisiti… Pengarah minta henti kecam Erma Fatima

Pengarah minta netizen henti kecam penerbit iaitu Erma Fatima.

BELUM pun ditayangkan, drama Perempuan Itu sudah menjadi perbualan hangat netizen di laman sosial selepas pelakon utama Zul Ariffin berkongsi sedutan babak panas bersama aktres Siti Hariesa di laman Instagram miliknya.

Tampil menjawab kontroversi berkenaan, pengarah iaitu Ain Sharif menjelaskan adegan yang bocor itu merupakan rakaman kedua yang mungkin tidak ditayangkan di televisyen.

"Ya! Saya yang mengarahkan babak itu... adegan yang Zul kongsi itu adalah scene director cut yang mungkin tidak akan ditayangkan di televisyen. Apa yang netizen tonton itu rakaman second version jika sesuai untuk digunakan dan sekadar untuk tujuan publisiti.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah macam filem lucah! Zul Ariffin ‘upload’ aksi panas... Netizen kata tak sesuai jadi drama Ramadan

ARTIKEL BERKAITAN: Dikecam bertubi-tubi, Zul Ariffin padam babak panas... Kongsi pula video berdiri sambil tepuk tangan

"Saya tak tahu pula Zul akan berkongsi babak itu di Instagram. Saya pun terkejut bila dapat tahu orang bercakap tentang hal ini tapi benda pun dah jadi, sebagai pengarah saya kena ambil tanggungjawab ini.

"Sebenarnya adegan intim begitu tak sampai 10 peratus pun dalam drama ini. Babak berkenaan dihasilkan untuk menggambarkan karakter Sera iaitu lakonan Siti Hariesa sebagai isteri kedua Emir (Zul Ariffin)," katanya ketika dihubungi mStar.

ain 1

Ain Sharif merupakan pengarah drama Perempuan Itu.

Pada malam Jumaat, Instagram Zul diserang netizen selepas dia memuat naik babak panas drama lakonannya itu di laman sosial berkenaan.

Video memperlihatkan Zul mendukung Siti Hariesa dari depan dianggap keterlaluan dan tidak sesuai untuk tayangan masyarakat di negara ini.

Bukan sahaja dikecam netizen, malah video itu turut menarik perhatian pendakwah termasuklah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) iaitu Senator Datuk Idris Ahmad yang turut menegur babak panas berkenaan.

Saya sedar ada sesetengah babak agak sensitif untuk penonton tapi mereka kena tengok dahulu dan fahamkan jalan cerita

AIN SHARIF

PENGARAH

Dalam pada itu, Ain berkata sebagai pengarah dia hanya menjalankan amanah dan tanggungjawab sebaik mungkin bagi memastikan mesej serta jalan cerita drama berkenaan sampai kepada penonton.

"Sebelum penggambaran pun kita dah berbincang dengan pelakon dan mereka okay untuk lakonkan babak begitu. Kita buat rakaman second version itu bertujuan untuk menjadikan drama lebih menarik tapi semuanya terpulanglah kepada stesen nak pakai atau tidak.

ain 3

Zul padam sedutan babak berkenaan.

"Saya hanya jalankan tugas sebagai pengarah dan berharap mesej cerita ini sampai kepada penonton sebab apa yang ditonjolkan dalam drama itu memang berlaku di sekeliling kita.

"Saya sedar ada sesetengah babak agak sensitif untuk penonton tapi mereka kena tengok dahulu dan fahamkan jalan cerita, baru mereka tahu apa yang kami cuba sampaikan, sebenarnya banyak mesej positif dalam drama ini," ujarnya.

Bukan hanya nama Zul Ariffin menjadi trending di laman Twitter, malah nama penerbit Erma Fatima turut menjadi sebutan netizen kerana disangka merupakan pengarah drama berkenaan.

ain 2

Netizen kecam aksi panas Zul dalam drama berkenaan.

“Ingin saya jelaskan, babak dalam drama ini tak ada kaitan dengan mama (panggilan untuk Erma). Dia penulis skrip dan saya menvisualkan karakter mengikut penulisannya... semasa penggambaran pun Kak Erma berulang kali pesan jangan buat (aksi) daring sangat nanti tak boleh keluar televisyen.

“Dia tahu akan ada babak mereka bersama tapi tak jangkalah saya akan terjemahkan dalam bentuk begitu. Jadi tak wajarlah netizen kecam Kak Erma kerana babak itu adalah arahan saya,” katanya.

Selain Ain, drama 30 episod ini turut diarahkan oleh pengarah terkenal Isma Yusof.

Drama Perempuan Itu lakonan Zul Ariffin, Mimi Lana dan Siti Hariesa ini akan ditayangkan pada bulan Ramadan ini di TV3.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain