suria

Gementar berdepan tok kadi, Usop dah ‘practice’ dengan Tajul, Haqiem Rusli... Kurang sebulan lagi jadi suami orang

Usop belajar cara akad nikah dengan Tajul dan haqiem Rusli.

BAKAL mendirikan rumah tangga pada 4 Februari depan, penyanyi Usop berkata dia sudah bersedia melangkah ke fasa baharu kehidupan sebagai seorang suami.

Menurut Usop atau nama sebenar Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor, 24, segala persiapan sudah dilakukan dan kini hanya menanti hari bahagia itu.

"Majlis pernikahan akan diadakan di kediaman keluarga perempuan di Pulau Pinang... majlis resepsi pihak saya pula pada 13 Februari, semua tarikh itu diberikan oleh keluarga. Alhamdulillah persiapan semua dah selesai!

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Usop bertunang dengan model, jumpa jodoh di majlis ‘open house’ - “Hati dah terpikat... cantik dan tinggi orangnya”

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Dua bulan sebelum kahwin Usop berubah sikap jadi panas baran, cepat ‘naik angin’

"Memandangkan keluarga kami ramai di utara jadi kami teruskan majlis di sini sahaja, InsyaAllah kalau ada rezeki kita akan adakan majlis di Kuala Lumpur.

"Sejujurnya memang gementar! Takut tu semua ada tapi kami berdua dah bersedia dan tak sabar untuk memulakan kehidupan baharu ini," katanya kepada mStar.

usop 3

Usop dan bakal isteri Teha sudah bersedia memulakan kehidupan sebagai suami, isteri.

Usop mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihannya Nur Fatihah Md Hashim pada 4 November tahun lalu.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Lenyap ini berkata dia ada mendapatkan pandangan daripada teman-teman rapat antaranya Tajul dan Haqiem Rusli.

Mereka suruh saya bertenang, tarik nafas supaya sebutan itu lancar.

USOP

PENYANYI

"Saya ada la tanya beberapa kawan mengenai persediaan sebelum kahwin, baru-baru ni saya tanya dengan Haqiem dan Tajul cara nak mengatasi nervous masa akad nikah.

"Semasa bertemu di program Gegar Vaganza dua minggu lalu, kami buat latihan macam tengah bernikah... Haqiem jadi tok kadi dan Tajul jadi saksi... mereka suruh saya bertenang, tarik nafas supaya sebutan itu lancar.

usop 2

Keluarga bantu melakukan persiapan perkahwinan Usop.

"Ada la juga tanya dengan beberapa orang kawan lain tapi dengan bapa tak sempat tanya lagi sebab masing-masing sibuk menguruskan hal perkahwinan," ujarnya.

Menerusi laporan mStar, Usop berkata dia mengenali Fatihah yang juga merupakan model sambilan ketika menghadiri majlis rumah terbuka sahabatnya di Kedah pada tahun 2019.

Kata Usop, dia tertarik dengan Fatihah kerana kecantikan dan sikap merendah diri yang ditunjukkan oleh gadis berusia 25 tahun ini.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain