suria

Hafiz Hamidun anggap ‘Marhaba’ album terakhir, penat lelah akhirnya terbayar - “Perjalanan lima tahun yang sungguh hebat”

Hafiz anggap Marhaba album terakhir sebagai motivasi.

LEBIH lima tahun berulang-alik antara Malaysia dan Turki, akhirnya usaha dan penat lelah penyanyi Hafiz Hamidun terbayar apabila album studio keenamnya berjudul Marhaba selamat dilancarkan.

Mengakui ini projek terbesarnya sepanjang berada dalam karier seni, Hafiz menzahirkan rasa syukur kerana berpeluang bekerjasama dengan beberapa pemuzik bernama besar di seluruh dunia.

"Sejak 2015, saya menghabiskan lebih dari lima tahun berulang-alik dari Malaysia ke Turki, Mesir dan Indonesia untuk menyempurnakan produksi album ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Hafiz Hamidun keluar duit simpanan RM200,000 rakam album

“Perjalanan itu sungguh hebat kerana saya mendapat peluang untuk bekerja dengan beberapa pemuzik dan jurutera terbaik di dunia.

“Saya bangga untuk mengakui projek ini sebagai projek muzik terbesar yang pernah saya ada. Saya harap ia akan dikenali sebagai karya terbaik dari saya," katanya.

Saya tahu album ini mungkin tidak sempurna, tetapi satu perkara yang pasti ia adalah hasil dari titik peluh!

HAFIZ HAMIDUN

PENYANYI

Sementara itu, Hafiz berkata album ini berbeza dengan album terdahulu kerana dia memilih untuk meletakkannya sebagai 'album terakhir' sebagai motivasi.

"Semasa menghasilkan album ini, saya selalu mengingatkan diri saya seperti ini adalah album terakhir saya. Dengan berbuat demikian, saya memberikan cabaran kepada diri saya untuk menjadikan album ini sebaik mungkin.



Hafiz hamidun lega usaha lima tahun membuahkan hasil.

"Saya tahu album ini mungkin tidak sempurna, tetapi satu perkara yang pasti ia adalah hasil dari titik peluh, darah dan air mata saya dalam pembikinan album ini," katanya.

Perjalanan karier Hafiz bermula apabila dia menjadi ahli kumpulan nasyid UNIC, kemudiannya bergerak sebagai artis solo dengan rentetan pelancaran ikonik, produser dan komposer pemenang anugerah dan pengusaha muzik dengan jejak antarabangsa.

Sumbangan inovatifnya terhadap muzik nasyid melayakkan dia dinobatkan sebagai salah seorang daripada 500 Muslim paling berpengaruh di dunia.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

hafiz hamidun, marhaba

Artikel Lain