suria

Suami aktif aplikasi ‘dating’, rupa-rupanya Sharifah Sakinah bercerai sejak Mei lalu - “Saya tidak boleh jadi isteri yang baik”

Pelakon Sharifah Sakinah mengesahkan telah bercerai dengan suaminya, Aliff Adha.

SPEKULASI mengenai hubungan rumah tangga Sharifah Sakinah dan suaminya juruterbang Aliff Adha akhirnya terjawab apabila aktres itu tampil mengesahkan hubungan itu berakhir pada Mei lalu.

Sakinah menerusi BH Online memberitahu, dia dan Aliff sudah tidak tinggal sebumbung sejak Mac lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tolong berambus” - Itu jawapan Sharifah Sakinah selepas terima info suami curang

“Kami berpisah secara rasmi pada Mei lalu.

“Tapi kami berpisah dengan baik. Keputusan ini juga perlu mengambil kira anak kami, Anais Adha yang berusia tiga tahun, ” katanya.



Sharifah Sakinah bersama anak perempuannya, Anais Adha.

Sebelum ini, hubungan pasangan ini dihidu bermasalah apabila Aliff dikatakan secara terbuka menggunakan aplikasi ‘dating’ untuk bersosial di internet.

Sementara itu, ditanya jika perpisahan tersebut disebabkan orang ketiga, pelakon drama Girlfriend Aku Dari Neraka ini menafikan perkara itu.

“Saya tidak boleh jadi isteri yang baik. Saya sedar kekurangan diri. Soal dia nak guna aplikasi 'dating'... itu haknya. Suka hati dialah nak buat apa, saya tak campur.

"Selebihnya, biarlah saya dan dia bahagia dengan cara masing-masing... Itu sebaik-baiknya," katanya.

Sakinah dan Aliff berkahwin pada 28 Mac 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Sharifah Sakinah, Aliff Adha

Artikel Berkaitan

Artikel Lain