suria

Dah tolong liat nak bayar, Shiha dituduh pakai barang tiruan

Shiha terkilan ditipu rakan, beg dituduh tiruan.

PENYANYI Shiha Zikir memberi tempoh seminggu kepada seorang rakannya untuk membayar semula hutang yang pernah dibuat oleh individu itu.

Shiha atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd Zikir, 29, berkata, individu berkenaan berdiam diri dan menghilang apabila diminta untuk membayar hutang berkenaan.

"Terima kasih kerana menipu dan bawa lari duit saya, hilang tanpa berita. Lepas Shiha bagi pinjam duit, kami selalu jumpa, tak rasa bersalah ke dengan saya? Waktu nak hutang bagi alasan macam-macam.

"Sentuh soal anak bini, saya pun tolong ringankan beban dia. Dah tolong, liat pula nak bayar. Dah liat nak bayar menipu pula," tulisnya di Instagram pada Khamis.

Tambah Shiha, dia sudah bertemu keluarga individu itu, namun usaha tersebut masih tidak membuahkan hasil.

Shiha memberi amaran kepada seorang rakannya agar membayar hutang minggu ini.

"Kalau semua tak diselesaikan dalam minggu ni dalam masa yang sama masih hilang tanpa berita. Isnin depan saya tak teragak-agak buat laporan polis dan muat naik gambar di media sosial dengan harapan dapatlah cari awak.

"Semalam dah jumpa anak bini pun tak tau dia pegi mana," ujarnya.

Kesal dituduh pakai jenama tiruan

Dalam posting yang sama, Shiha turut meluahkan rasa kesal apabila dituduh memakai beg jenama tiruan oleh pemilik akaun Instagram popular yang membongkar jenama asli atau tiruan digayakan selebriti.

Shiha mengakui kecewa apabila hasil titik peluh yang digunakan untuk membeli beg di butik berjenama terkenal itu didakwa sebagai palsu.

"Semalam ada satu IG yang sangat popular pasal chek item asli atau palsu ruangan komen Shiha, lepas salah sorang netizen tag nama akaun tersebut di foto Shiha.

"Rasa sedih jugak la bila hasil titik peluh kita, orang lain cakap kita pakai barang palsu walaupun tak penting pun untuk orang lain tahu," ujarnya.

Shiha kesal beg digayakan dituduh tiruan.

Shiha berkata, dia menghantar mesej peribadi ke akaun tersebut bagi menjelaskan pembelian yang dibuat di butik berkenaan.

Bagaimanapun, tambah Shiha, pihak akaun tersebut sudah meminta maaf terhadap kesilapan mereka menilai beg jenama itu dengan tepat.

Selain itu, Shiha memberitahu tindakannya mendedahkan perkara itu agar pengendali akaun tersebut lebih berhati-hati dan tidak menjatuhkan maruah orang lain secara terbuka.

"Saya kecewa kerana saya antara pengikut IG berkenaan dan saya sokong apa yang cuba dilakukan tapi tolong jaga sensitiviti dan aib orang lain," ujarnya.

Shiha Zikir

Artikel Lain