suria

Artis Popular Jayakan Ekspresi Aqsa Solidariti Ummah

Antara artis yang bakal menjayakan persembahan di konsert amal tersebut.

KUALA LUMPUR: Seramai lapan artis popular bakal membuat persembahan pada konsert amal Ekspresi Aqsa Solidariti Ummah yang akan disiarkan secara langsung di TV Al-Hijrah pada Ahad ini.

Program dengan kerjasama Aman Palestin itu bertujuan memberi sokongan padu kepada rakyat Palestin yang kini berjuang mempertahankan negara mereka daripada penindasan Israel.

Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin, Awang Suffian Awang Piut berkata, acara itu dilaksanakan adalah untuk mengutip dana daripada rakyat Malaysia untuk membantu rakyat Palestin yang mengalami kesulitan menjalankan aktiviti harian mereka.

"Pada pertengahan bulan bulan lalu, kita dikejutkan dengan tragedi di Masjid Al-Aqsa yang mana mereka menghalang umat Islam melaksanakan solat Jumaat.

"Oleh yang demikian, kami bersetuju bekerjasama dengan TV Al-Hijrah dan beberapa stesen televisyen lain untuk menyiarkan program itu secara langsung," ujarnya kepada mStar Online.

Konsert Ekspresi Aqsa Solidariti Ummah bakal diadakan pada Ahad ini.

Beliau ditemui pada sidang media konsert Ekspresi Aqsa Solidariti Ummah yang diadakan di Al-Hijrah, di sini, Rabu.

Katanya, konsert itu menjadi satu titik tolak bagi masyarakat Malaysia yang ingin membangkitkan semangat dalam diri umat Islam membantu mempertahankan Masjid Al-Aqsa.

Program yang berlangsung di Al-Hijrah Big Studio, Cyberjaya itu dibuka kepada orang ramai yang mahu menyaksikan sendiri aktiviti yang dianjurkan bermula 4.30 petang hingga 12 malam.

Acara dibuka dengan program Open Mic dan Sharing Session yang dikendalikan oleh Afdlin Shauki, Prof Dr. Lim Swee Tin dan Mat Dan.

Manakala, konsert akan berlangsung pada pukul 9 hingga 12 malam.

Antara artis yang bakal terlibat ialah Raihan, Man Bai, Lah Ahmad, Siti Nordiana, Nora Ariffin, Kumpulan Nastia, Akma AF, Pria Akustik dan Caravan of Praise.

Konsert Al-Aqsa

Artikel Berikut

Artikel Lain