Ammar Alfian Kesal Dituduh Simpan Foto Bogel Tujuan Mengugut - Hiburan | mStar

Ammar Alfian Kesal Dituduh Simpan Foto Bogel Tujuan Mengugut

Ammar Alfian

PETALING JAYA: Pelakon Ammar Alfian kesal dan mempertimbangkan untuk membuat laporan polis selepas tersebar mesej di laman sosial kononnya dia menjalankan kegiatan mengugut individu tertentu bagi mendapatkan wang.

Ammar,28, berkata, dia akan mengambil tindakan tegas terhadap individu-individu yang cuba memburukkan serta mengaitkan namanya atas pelbagai tuduhan tanpa sebarang bukti kukuh.

"Saya tidak ambil kisah apa yang orang nak tuduh tapi saya akan buat laporan polis tentang perkara ini.

"Saya mahu orang yang menuduh saya tanpa bukti akan terima akibatnya kerana dengan sewenang-wenangnya mengaitkan nama saya," ujarnya kepada mStar Online.

Ammar enggan lagi dikaitkan dengan sebarang kontroversi kerana dia bukan lagi seorang selebriti.

Ammar diminta mengulas tentang satu kiriman mesej di media sosial kepada mStar Online yang menuduh dia menyimpan foto-foto bogel dua wanita dengan tujuan tidak baik.

Individu tersebut mendakwa Ammar turut mengugut untuk menyebarkan gambar bogel seorang wanita dan meminta wang daripada individu itu jika tidak mahu fotonya berkeadaan sedemikian didedahkan kepada umum.

Sebelum ini Ammar turut terpalit dengan kontroversi apabila dituduh menjadi dalang menyebarkan gambar bogel kononnya milik pelakon Idris Khan dan Atikah Suhaime.

Sementara itu Ammar berkata, jika benar perkara tersebut berlaku, mengapa kedua-dua wanita itu tidak tampil untuk membuat laporan polis bagi mempertahankan hak mereka.

"Dari kes Idris Khan dahulu saya sudah minta mereka yang mengaitkan saya agar tampil dengan bukti tapi sampai sekarang tiada.

"Bila ada cerita buruk semua orang minta saya komen sedangkan saya tiada kena mengena dalam perkara ini.

"Orang yang bersalah pula terlepas dan terus mendapat perhatian di televisyen," ujarnya.

Dalam pada itu, Ammar turut meminta agar diberi ruang untuk melalui kehidupan yang bahagia tanpa sebarang gangguan negatif terutama berita-berita buruk mengaitkan dirinya.

Katanya, dia bukan lagi seorang artis dan tidak perlu diberi perhatian seperti dahulu.

"Saya cuma nak hidup tenang dan gembira sahaja, saya ambil keputusan untuk keluar dari industri kerana tidak mahu dengar cerita-cerita begini.

"Saya sudah berkahwin dan ingin hidup baru dalam keadaan aman," ujarnya.

Dalam pada itu pemerhatian mStar Online terhadap laman sosial yang mengirimkan informasi berkenaan berada dalam mode 'private' dan seolah-olah seperti sebuah akaun yang dibuat bagi tujuan tertentu.

Ammar Alfian

Artikel Berikut

Klik

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain