suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hafiz Suip Bergelar Suami Nureffy Sekali Lafaz

Dengan sekali lafaz, penyanyi Hafiz Suip sah bergelar suami kepada Nureffy Jasreel Abdullah. Foto Ihsan Instagram MIG

PETALING JAYA: Penyanyi lagu Awan Nano, Hafiz Suip selamat bergelar suami dengan sekali lafaz kepada Nureffy Jasreel Abdullah pada Sabtu.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh jurunikah Kasdinata Fauzi kira-kira pukul 10.30 pagi tadi di kediaman pengantin perempuan yang terletak di Taman Matang Jaya, Kuching, Sarawak.

Hafiz atau nama sebenarnya Mohd Hafiz Suip, 26, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM120 kepada Nureffy, 23 namun wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Pasangan itu terdahulu mengikat tali pertunangan pada 27 Februari lalu dalam sebuah majlis yang diadakan di Hotel Pullman Kuching.


Hafiz Suip

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain