Tiga Bulan Kahwin Suami Belum Sempat Rasa Masakan Mila - Hiburan | mStar

Tiga Bulan Kahwin Suami Belum Sempat Rasa Masakan Mila

Mila dan suami sibuk dengan perniagaan katering dan perunding perkahwinan.

PETALING JAYA: Penyanyi Mila Jirin belum berkesempatan menyediakan masaskan daripada air tangannya sendiri untuk suami walaupun sudah tiga bulan dia mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Ailis Mohamed Mustapha.

Mila atau nama sebenarnya Noorsyarmilla Jirin, 29, berkata, perkara itu berpunca disebabkan kesibukan mereka menguruskan hal berkaitan perniagaan restoran dan katering yang semakin berkembang.

"Saya belum berkesempatan lagi memasak untuk suami sejak berkahwin kerana kami sibuk dengan urusan bisnes katering yang diusahakan bersama.

"Nasib baik dia memahami dan tidak kisah makan di luar, lagi pula, kami keluar menguruskan urusan bisnes tersebut bersama-sama," ujarnya kepada mStar Online.

Mila berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kehidupannya selepas beberapa bulan bernikah.

Juara program Akademi Fantasia musim kelima (AF5) itu dan suaminya, Ahmad Ailis Mohamed Mustapha, 37, selamat bernikah pada 11 November 2015.

Sementara itu, Mila berkata, kehidupannya kini berubah dan lebih bahagia kerana mempunyai teman iaitu suami untuk menguruskan perniagaan tersebut.

Katanya, perniagaan Bizmilla Catering yang diusahakan sejak tiga tahun lalu semakin berkembang dan mereka bakal melancarkan dewan perkahwinan ketiga mereka di hotel One City, dekat sini, pada April depan.

"Sekarang hidup lebih tenang kerana sentiasa disisi suami dan tidak risau kalau mesyuarat hingga larut malam sekalipun.

"Selain itu, rezeki lepas kahwin pun memberangsangkan, perniagaan katering dan perancang perkahwinan yang kami usahakan semakin mendapat sambutan dan dalam perancangan untuk menambah beberapa dewan perkahwinan lagi," ujarnya.

Dalam pada itu, ditanya tentang perancangan cahaya mata, Mila berkata, dia sudah bersedia jika dikurniakan zuriat dalam masa terdekat.

Katanya, perkara tersebut merupakan idaman setiap wanita yang mahukan sebuah keluarga yang sempurna.

"Buat masa ini saya belum lagi berisi, kalau boleh saya ingin anak segera dan sudah bersedia kerana usia saya pun sudah masuk 29 tahun.

"Cuma belum ada rezeki lagi, Insya-Allah, minta doa peminat-peminat agar diberi rezeki itu secapatnya," ujar Mila.

Mila Jirin

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain