suria

Tekanan Punca Ezzaty Cemburukan Azwan Kombos

Ezzaty akui salah faham berlaku antara dia dan Azwan Kombos.
KUALA LUMPUR: Pelakon Ezzaty Abdullah menjelaskan, tindakan dia membuat kenyataan media berunsur cemburu terhadap kekasihnya aktor Azwan Kombos kerana terpengaruh dengan kata-kata individu sekelilingnya.

Ezzaty, 25, berkata, cakap-cakap orang kononnya aktor itu mempunyai kekasih lain telah menganggu mindanya sehingga membuatkan dia salah faham dengan situasi tersebut.

"Perkara itu terjadi bila ramai sangat yang berkata-kata tentang dia seperti kawan-kawan, pengikut Instagram, malah rakan wartawan turut bertanya mengenai wanita bersamanya.

"Secara tidak langsung ia mempengaruhi minda saya sehingga timbul salah faham tanpa mendengar penjelasan daripada Azwan terlebih dahulu," ujarnya kepada mStar Online ketika ditemui pada pelancaran drama Si Montel di Menara Kuala Lumpur, di sini, Khamis.

Azwan dan Ezzaty masih pasangan kekasih

Ezzaty diminta mengulas tentang kenyataannya di sebuah media apabila dia enggan dikaitkan lagi dengan Azwan selepas aktor itu dilihat rapat dengan seorang pelakon wanita baharu.

Bagaimanapun, Azwan menafikan percintaan dengan wanita dimaksudkan selain menganggap kenyataan yang dikeluarkan Ezzaty itu terlalu mengikut emosi dan bersikap cemburu.

Dalam pada itu, Ezzaty berkata, hubungan dia dengan Azwan sudah kembali pulih selepas dia menerima penjelasan yang diberikan Azwan.

"Sekarang kami sudah baik semula, biasalah setiap pasangan sudah tentu ada dugaan, terutama apabila orang itu dikenali dan ramai akan bercakap tentang dia.

"Bagi saya, seorang yang dikenali perlu jaga batas agar orang lain tidak berkata-kata tentang mereka sehingga menimbulkan salah faham," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Ezzaty turut terlibat dalam drama Si Montel  terbitan A.Aida Production.

Ia bakal ditayangkan pada setiap Jumaat bermula 11 September ini di saluran  televisyen internet, HyppTV, pukul 9 malam.

Drama bersiri 13 episod itu turut membariskan pelakon seperti Dottie, Azrel Ismail, Adibah Yunus dan Janna Nick.

Ezzaty Abdullah, Azwan Kombos

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain