suria

Linda Hashim Elak Tunjuk Bahagia Di Laman Sosial

Linda bersama suaminya Beego dan anaknya Jelita.

PETALING JAYA: Pelakon Linda Hashim memberitahu tidak gemar berkongsi segala aktiviti yang memaparkan kebahagian keluarganya di laman sosial khusunya Instagram.

Linda atau nama sebenarnya Norhazlinda Hashim, 31, berkata, dia berbuat demikian bagi mengelakkan rasa kurang senang segelintir pihak terutama pengikut laman sosialnya itu.

"Saya memang jarang berkongsi gambar-gambar anak saya, Jelita dan gambar mesra bersama suami di laman sosial.

"Bukan apa, saya tidak mahu orang meluat dan bosan, saya hanya akan muat naik kalau ramai peminat yang bertanya tentang Jelita dan ingin melihat perkembangannya," ujar Linda kepada mStar Online.

Linda berkahwin dengan pelakon Beego atau Mohd Aszerul Nizam Abdullah, 35, pada 8 Jun 2013 dan dikurniakan cahaya mata Jelita Clarissa pada 23 April 2014.

Tambah Linda, laman sosialnya bertujuan untuk mempromosi drama atau filem lakonannya sahaja.

Sementara itu, Linda yang kini hamil tiga bulan memberitahu dia tetap akan membuat persiapan untuk menyambut kelahiran bayi keduanya seperti mana anak sulungnya dahulu.

Ini kerana lebih separuh barang-barang kepunyaan anak sulungnya itu telah didermakan kepada mangsa banjir di Kelantan.

"Sekarang masih belum tahu bayi lelaki atau perempuan, kalau lelaki memang terpaksa beli barang lain kerana barang Jelita semua warna merah jambu.

"Lagi pula barang-barang Jelita kebanyakkannya saya dah beri pada mangsa banjir lalu. Saya kasihan melihat anak-anak kecil yang tidak ada baju dan kelengkapan mereka dihanyuti air," ujarnya.

Linda Hashim

Artikel Berikut

Artikel Lain