Mamat Khalid Stabil Selepas Pembedahan - Hiburan | mStar

Mamat Khalid Stabil Selepas Pembedahan

brete5

PETALING JAYA:  Pengarah filem, Mamat Khalid, 51,  berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan kecil bagi membuka kembali saluran darah yang tersumbat di jantung di Pusat Perubatan Assunta, di sini, Sabtu.

Bagaimanapun, menurut isterinya, Hasmah Hassan, 50,  doktor masih membuat pemerhatian terhadap keadaan pengarah itu di Unit Rawatan Koronari (CCU) selepas pembedahan tersebut.

"Pagi tadi selepas tekanan darah tinggi Abang Mamat turun, doktor telah buat pembedahan kecil untuk membuka saluran darah yang tersumbat itu dan sekarang masih dalam pemantauan lagi.

"Namun keadaan dia semakin baik dan doktor beritahu mungkin dalam dua hari dia sudah boleh keluar," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Sabtu.

Mamat atau nama sebenarnya Mohamad Mohamad Khalid dimasukkan ke Pusat Perubatan Assunta pada pagi Jumaat, selepas mengadu sakit dada.

Mamat Khalid , Pembedahan Jantung

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Lebih Artikel

'Rapunzel' tak potong rambut 28 tahun

Hujung minggu yang panjang pada 2019