suria

Menangi Hadiah Peraduan 'The Newsroom'

PETALING JAYA: Musim baharu The Newsroom yang bakal menemui penonton menerusi saluran HBO pada 10 November ini adalah drama bersiri wajib tonton kerana ia dijanjikan dengan episod yang mendebarkan.

Ia menunjukkan bagaimana Will lakonan Jeff Daniels dan Mac (Emily Mortimer) bersama kakitangan News Night berhadapan dengan situasi baharu apabila berlaku pengambilalihan rangkaian televisyen tempat mereka bekerja.

Beberapa kejadian di stesen ACN mempengaruhi emosi petugas stesen itu yang berdepan dengan dilema peribadi dan profesional.

Untuk episod pertama musim ketiga ini, ia menceritakan bagaimana Nael lakonan Dev Patel berdepan dengan cabaran apabila dia dihubungi oleh sumber rahsia yang memiliki dokumen kerajaan yang sudah dicuri.

Musim terakhir ini akan disiarkan bermula pukul 9 malam di HBO dan HBO HD menerusi saluran 411/431 iaitu selepas 24 jam tayangan perdananya di Amerika Syarikat.

'Hoodie' (kiri) dan koleh yang harus dimenangi


Menangi Hadiah Dari HBO

HBO bebesar hati untuk memberikan pembaca mStar Online koleh dan ‘hoodie’ menarik sebagai menghargai peminat setia drama bersiri The Newsroom.

10 pembaca yang terawal menghantar jawapan akan menerima 1 helai hoodie HBO bagi setiap seorang manakala lima peserta berikutnya akan mendapat koleh dengan logo HBO.

Jadi, apa tunggu lagi. Selepas selesai membaca artikel ini, teruskan hantar peraduan anda.

Soalan dan syarat-syaratnya

1. Bilakah tarikh tayangan episod pertama bagi musim terakhir The Newsroom?

2. Namakan peraduan yang diperkenalkan menerusi Facebook mStar Online. (Sila like dan layari https://www.facebook.com/mstardotcomdotmy untuk mendapatkan jawapannya.)

Sertakan maklumat berikut:

i)  Nama Penuh
ii) Alamat Penuh
iii) Nombor Kad Pengenalan
iv) Nombor Telefon
v) E-mel

3. Hantarkan jawapan anda menerusi e-mel

i)  [email protected]

4. Tarikh tutup penyertaan: 5 November 2014

5. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 6 November 2014 menerusi Facebook mStar Online di https://www.facebook.com/mstardotcomdotmy 




The Newsroom, HBO

Artikel Lain