Iqwal Lebih Dikenali Selepas Dikaitkan Dengan Chacha Maembong - Hiburan | mStar

Iqwal Lebih Dikenali Selepas Dikaitkan Dengan Chacha Maembong

Iqwal Hafiz mengakui gosip dengan Chacha Maembong buat dia lebih dikenali.
PETALING JAYA: Penyanyi Iqwal Hafiz mengakui dirinya lebih dikenali selepas dikaitkan bercinta dengan aktres Chacha Maembong, 19, sejak lapan bulan lalu.

Iqwal, 22, berkata, perubahan drastik dilihat melalui peningkatan pengikut di laman-laman sosial yang kini sudah mencecah hampir 10,000. 

"Saya berkawan dengan dia bukan untuk meraih publisiti semata-mata, namun begitu saya akui sejak dikaitkan dengannya orang lebih perasan kewujudan saya dalam industri.

"Saya tidak kisah apa juga yang orang ingin cakap tentang kami bercinta atau tidak, tetapi secara jujurnya saya dan dia seperti adi- beradik sahaja," ujarnya kepada mStar Online.

Sementara itu, Ikhwal berkata, meraka juga sudah bertemu dengan keluarga masing-masing.

Tambahnya, sikap jujur dan ikhlas Chacha dalam perhubungan tersebut membuatkan mereka selesa bersama.

"Mungkin sebab kami berada dalam satu industri membuatkan kami serasi dan rapat.

"Kami saling bertukar pendapat dan berkongsi pengalaman dalam bidang masing-masing. Dia minat muzik dan kadang-kadang kalau ada masa, saya ajarkan dia bermain keyboard," katanya.

Sementara itu, bercakap tentang perkembangan kerjayanya, Ikhwal mengakui terpaksa melalui jalan yang panjang untuk berada dalam industri seni tanah air.

Bagiamanapun, katanya, dia menganggap ia sebagai cabaran yang menguatkan lagi semangatnya untuk terus bersaing dengan artis-artis tempatan.

"Tiada masalah kalau lambat dikenali kerana kebanyakkan artis yang betul-betul berjaya mereka akan mengambil masa yang lama. 

"Apa yang penting adalah pencapaian. Namun, itu bukan bermakna populariti itu tidak penting, cuma adanya pencapaian, seseorang artis itu mampu untuk bertahan lebih lama" ujarnya.

Dalam pada itu, Iqwal juga kini sedang sibuk dengan rakaman album keempat yang berkonsepkan Pop dan RnB.

Album tersebut yang diterbitkannya sendiri dibawah syarikat miliknya Empire All Star Event dan khas untuk pasaran Malaysia.
Iqwal Hafiz , Chacha Maembong , Penyanyi , Muzik

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain