'Selepas Berpisah' Taruhan Pertama Fitri Hakim - Hiburan | mStar

'Selepas Berpisah' Taruhan Pertama Fitri Hakim

Bekas Naib Juara Bintang RTM tahun 2012 itu muncul dengan single pertamanya dibawah label KRU Music.
PETALING JAYA: Artis baharu naungan KRU Music iaitu Fitri Hakim berharap dapat meletakkan namanya sebaris dengan penyanyi solo tempatan lain dengan berbekalkan bakat dan komitmennya terhadap bidang itu.

Fitri berkata, dia juga bertuah dapat mendapat didikan daripada salah seorang anggota kumpulan KRU, Edry Abdul Halim yang mencipta single pertamanya berjudul 'Selepas Berpisah'.

"Saya pernah memasuki pelbagai pertandingan seawal usia saya enam tahun dan tidak pernah berputus asa dalam mengejar cita-cita untuk bergelar penyanyi.

"Prinsip 'usaha tangga kejayaan' sentiasa saya pegang dalam memastikan cita-cita saya tidak tersasar," katanya. 

Anak kelahiran Pahang Darul Makmur ini pernah mendapat tempat ketiga program Bintang Kecil Peringkat Kebangsaan RTM Kuching, Sarawak pada 2003, Naib Juara Bintang Klasik Nasional Peringkat Kebangsaan tahun 2010 dan dia merupakan Naib Juara Bintang RTM tahun 2012.

Fitri Hakim juga pernah dianugerahkan sebagai Ikon Berpotensi di dalam program Ikon Kem Bintang Bintang di TVi @ ASTRO 180.

Sementara itu, bercakap mengenai 'Selepas Berpisah', Fitri berkata, lagu berkenaan sebenarnya dicipta Edry khas untuk kumpulan KRU tetapi ia diberikan kepadanya untuk dinyanyikan sebagai demo semasa sesi uji bakat.

"Edry dan Norman menyukai cara penyampaian saya dalam lagu tersebut dan memberikan lagu berkenaan kepada saya sebagai single pertama dan berharap ia akan dapat diterima baik oleh pendengar," ujarnya.

Jelas Fitir, 'Selepas Berpisah' adalah sebuah lagu yang berkisarkan tentang perasaan sedih yang dihadapi seseorang yang dikecewakan kerana wujudnya cinta pihak ketiga.

"Isu orang ketiga yang kian hangat diperkatakan sekarang pastinya sinonim dengan apa yang hendak disampaikan menerusi lagu `Selepas Berpisah’.

Pihak KRU Music turut memuat naik video lirik lagu berkenaan di laman Youtube KRU Music dan ia juga dijual menerusi i-Tunes dan nada dering.
Fitri Hakim , KRU Music , Selepas Berpisah.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain

Gadis nyaris dirogol lelaki bogel

Ronaldo, Georgina berkahwin secara senyap?