suria

Hillary Duff Ambil Keputusan Berpisah Dengan Suami

Hillary dan Mike ketika bersiar-siar bersama anak mereka.
Hillary dan Mike ketika bersiar-siar bersama anak mereka.

PENYANYI dan pelakon Hillary Duff mengambil keputusan untuk berpisah dengan suaminya, Mike Comrie hanya selepas tiga tahun berkahwin.

Majalah Us Weekly melaporkan pasangan itu tetap akan kekal sebagai teman baik demi anak lelaki mereka dan keputusan untuk berpisah itu dilakukan secara bersama.

"Berpisah adalah persetujuan bersama mereka dan pasangan itu akan tetap kekal sebagai teman baik demi anak lelaki mereka," kata jurucakapnya kepada majalah itu.

Hillary dan Mike mempunyai seorang anak lelaki iaitu Luca Cruz yang kini berusia dua tahun.

Perpisahan pasangan itu mengejutkan peminatnya kerana hubungan Hillary dan Mike kelihatan baik ketika membawa anak mereka bercuti ke Disneyland pada Disember lalu.

Malah Hillary yang pernah popular menerusi siri televisyen Lizzie McGuire sempat memuat naik gambarnya dan suami di laman Instagram pada tahun baharu lalu.

Walaupun sudah berpisah, Hillary dan Mike dilihat sering menghabiskan masa bersama dan ada pihak menjangkakan pasangan itu mempunyai peluang untuk berbaik semula.

Artikel Lain